Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..

Thursday, 15 May 2014

Kisah Omega, Mealshake, ESP dan Madu dengan Sukan Pasti

Assalamualaikum semua...
Hari ni, saya nak share lagi...kali ni tentang anak saya yang terlibat dalam sukan anjuran Pasti pada 11 Mei 2014 yang lalu. Kalau yang pernah mengikuti blog saya, semestinya dah tahu anak saya mempunyai penyakit jantung sejak lahir dan sudah operate pada 24 Julai 2012. Dulu sebelum anak saya operate, anak saya kurang untuk kebolehan memanjat, berlari..Bukan tak boleh berlari atau memanjat, tapi kalau berlari tu nampak macam katun ja. Selepas operate, beberapa bulan selepas operate, saya nampak kebolehan berlari dan memanjat lebih baik. Dan baru ni saya nampak kebolehan melompat juga lebih baik. Alhamdullilah. .perubahan yang sedikit itu sangat mengharukan  saya. Ibu mana yang tak seronok kan. Dari segi kesihatan pula alhamdullilah. .memang sebelum operate pun Allah memberi kesihatan yang baik padanya..Saya pun ambik set breasfeeding shaklee. Alhamdulillah sampai ke ibu dan anak sekali.

Sekarang dah setahun lebih operate pun masih sihat cuma lepas operate Harith kurang tahan sejuk. Kalau sebelum operate memang tahan betul sejuk..Kita sendiri tak tahan. Mungkin penggunaan dadah untuk tahan sakit masa di bilik bedah dan icu. Bila saya tgk dos dadah yang digunakan seperti morfin untuk tahan sakit, takut saya dibuatnya..banyak betul dosnya..Mulalah saya fikir, mesti akan effect sedikit Harith lepas operate. Memang betul telahan saya. Harith mudah sakit kaki, saya tak tahu sengal ke macam mana. Tapi beberapa bulan sebelum operate memang saya ada bagi mealshake dan omega gaurd sampai selepas operate. .lepas operate saya tambah dengan chewable vit c 100mg dan Nutriferon. Alhamdullilah..ada sekali sekala demam, selsema dan batuk, tapi tak  berpanjangan. Semoga Allah mengurniakan kesihatan pada saya dan suami untuk menjaga Harith.

Berbalik pada sukan Pasti Harith.  Harith dah 2 hari batuk dan ada sedikit selsema. Dengan hari Ahadnya ada sukan. Selama Harith batuk, saya tak bagi ubat hospital . Susu pun kurangkan sebab bila batuk memang Harith akan muntah. Selama batuk saya bagi Harith Madu Arab Plus. Masuk nutriferon dalam susu. Selain seperti biasa saya akan campur mealshake dalam susu sekali sehari. Saya juga bagi Omega Guard dan Vit C chewable. Dalam sehari memang Harith akan muntah sebab batuk sebaik minum madu arab selepas sejam.. baik jugak muntah untuk buang kahak. Esoknya hari Ahad ada sukan, pada pagi Ahad tu saya tak bagi Harith susu. Saya hanya bagi madu plus air suam sebab saya takut Harith muntah masa sukan. Tapi saya ada bawak bekal mealshake + ESP untuk minum dengan suami. Dalam pada yang sama saya ingat nak bagi Harith sikit untuk tenaga sebab saya tak bagi susu paginya. Dalam kereta kami bertiga pun share bancuhan mealshake dan ESP. Tak palah lapik perut Harith.

Sampai di tapak sukan Pasti, biasalah cikgu check siapa yang datang dan bahagi ikut kumpulan kuning, merah, hijau dan kuning. Harith rumah kuning. Sebelum acara, Harith batuk tak henti. Saya dah risau. Saya cakap dekat Harith " Harith tak yah sukan lah, Harith batuk." Harith jawab, "Harith nak..". Pastu saya teringat saya belum bagi lagi Omega Guard dekat Harith.  Botol omega guard dah ada dalam beg saya. Terus saya capai sebiji dan masuk dalam mulut Harith. Omega Guard juga berfungsi untuk panaskan dada selain untuk fungsi otak dan untuk kuatkan jantung. Harith masuk 3 acara. Saya menyokong penuh Harith..Harith bagi saya kanak-kanak special yang ada penyakit jantung sejak kecil yang nak bersukan macam kanak-kanak normal. Kumpulan kuning dapat no 2 dan no 3. Alhamdullilah, bersyukur sebab Harith dapat join sukan.  Acara yang ketiga Harith masuk adalah lumba lari. Itupun sebab kumpulan kuning tiada wakil 5 tahun. Waktu tu kebetulan Harith ada dekat situ masa urusetia cari peserta. Saya cakap Harith 4 tahun.  Mereka cakap tak pa sebab bawah 5 tahun. Semua yang lari adalah 5 tahun. Harith 4 tahun. Saya benarkan dia lari walaupun dia ada sakit jantung. Kalau orang tahu,  mesti mereka cakap saya gila benarkan anak masuk..Tapi mana urusetia tahu pun. Saya nak dia ada keyakinan diri. Tak rasa kurang dengan orang lain. Sekurangnya dia ada pendedahan. Harith pun tahu sampai mana keupayaan dia. Kemudian, bila semua peserta pakat bersedia nak lari, saya tengok Harith.  Dengan muka, gaya memang sedia nak lari. Tak fikir kalah atau menang. Lepas pengadil cakap 1,2, 3 Harith pun terus berlari. Bersungguh betul dia lari dari segi gaya dan memek muka. Harith kalah dapat no 4..tapi yang saya bangga dia dengan no 3 pun memang bersaing. Kalah pun tak pa sebab saya tahu Harith tak kuat lari ikut keaadaannya pun. Tapi saya bangga dengan kesungguhannya dan rasa ingin bersaing nya. Alhamdullilah,  sepanjang sukan tu, Harith tak muntah atau penat. Dia ok sahaja.

Kami balik awal sukan, sebab abah Harith ada kerja jadi tak ambik Hadiah. . Bila hari ke sekolah, Ambik hadiah dari cikgu. Nampak muka seronok dan bangga Harith dapat piala. Bagi saya kekurangan bukan halangan,  kesungguhan lebih penting. Bersyukur kerana bertemu dengan vitamin berkualiti yang membantu kesihatan anak saya khususnya dan kami amnya..apapun dengan izin Allah. Inilah kisah OmegaGuard,  Mealshake, ESP dan Madu Arab dengan Sukan Pasti.

Happy Sharing :)

Jika berminat dengan sebarang supplemen Shaklee boleh hubungi di 0125706701.

No comments:

Post a Comment