Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..

Wednesday, 4 July 2012

Bahaya Anemia pada Ibu Mengandung

Anemia boleh ragut nyawa wanita, anak lemah mental

“ANEMIA boleh menyebabkan kekurangan kalsium ketika mengandung.” - Wanita 1 “Kalau anemia masa hamil, anak boleh cacat.”

- Wanita 2
LUAHAN dua wanita itu menerusi paparan slaid mengenai hasil tinjauan rambang wanita tempatan ketika bengkel’ Kehamilan dan Anemia : Lebih Lazim daripada yang Anda Jangka - Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera, di ibu negara, baru-baru ini amat mengejutkan.

Apa tidaknya, kenyataan mereka yang dibentangkan pada program anjuran Merck Consumer Healthcare itu turut membuktikan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat mengenai masalah anemia kekurangan zat besi ketika hamil biarpun ada di antara mereka sedang mendukung bayi berusia kurang setahun.

Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian?

Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.
Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya.

Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

“Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.

“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan.

“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.

“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.

INFO

1. Anemia kekurangan darah biasa dialami:

* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu

2. Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

3. Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


Masalah ibu yang mempunyai Anemia juga dapat dibantu dengan pengambilan supplemen dari shaklee...
Jadi bagi ibu hamil yang memerlukan supplemen yg lebih semulajadi , selamat dan berkesan tanpa pewarna,pengawet dan pewarna.Boleh hubungi saya di |0125706701| atau email |sitiyana_aiman@yahoo.com|

No comments:

Post a Comment