Imbangi tuntutan kerja, susukan bayi
TANGGUNGJAWAB sebagai ibu dan suri rumah membawa banyak cabaran yang unik tetapi menyeronokkan, lebih-lebih kepada ibu baru yang mahu terus menyusukan bayi tersayang, selepas kembali bekerja.
Soal penyusuan susu ibu itu sendiri bukan sekadar tanggungjawab, tetapi hak bagi memastikan si kecil mendapatkan pemakanan yang lengkap dan berkhasiat. Justeru, hanya kerana ibu terpaksa kembali bekerja selepas pantang atau selepas menghabiskan cuti bersalin, ia tidak bermakna ibu terpaksa menghentikan pemberian susu badan. Malah, tiada sebab ibu perlu menghentikan pemberian susu badan sedangkan khasiat susu ibu tiada tandingan dan memberi banyak kebaikan kepada bayi. Ini termasuk menguatkan sistem imun atay daya tahan badan, mengurangkan alahan, melindungi daripada banyak penyakit kronik dan mengakrabkan hubungan antara ibu dan anak.
Ramai wanita berasakan puas apabila mengetahui bayi mereka mendapat pemakanan yang terbaik, walaupun terpaksa berkorban meninggalkan bayi di rumah atau di pusat penjagaan apabila mereka keluar bekerja.
Ramai wanita berasakan puas apabila mengetahui bayi mereka mendapat pemakanan yang terbaik, walaupun terpaksa berkorban meninggalkan bayi di rumah atau di pusat penjagaan apabila mereka keluar bekerja.
Ini sebenarnya bukanlah satu masalah andai si ibu bijak mengimbang tugas dan tanggungjawab menyusukan bayi.
Berikut antara panduan yang boleh diamalkan si ibu:
Membulatkan tekad
Kata orang, tiada hidup yang tiada masalah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apabila ibu membulatkan tekad untuk terus menyusukan bayinya, beliau akan mencari jalan untuk melakukannya. Jika ibu percaya bahawa pemberian susu ibu penting untuk bayinya dan juga dirinya sendiri, melakukan apa yang perlu untuk meneruskan hubungan yang indah ini tidaklah sesukar yang disangka. Lebih penting lagi, ibu dapat merasai semula nikmati dan keseronokan menyusukan bayinya sepenuh masa apabila pulang ke rumah selepas bekerja dan pada hujung minggu.
Kenali satu sama lain
Jangan biarkan kerunsingan memikirkan masalah masa depan mengganggu ketenteraman masa anda bersama bayi anda. Untuk membina jalinan hubungan yang kukuh, ibu mesti melupakan apa juga kemungkinan yang boleh menimbulkan kebimbangan kerana dalam hidup kita tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Menjadi ibu kepada bayi yang baru lahir menuntut sepenuh masa dan sepenuh perhatian. Minggu-minggu selepas kelahiran adalah masa untuk ibu ‘menaruh cinta’ kepada bayinya. Seperti apapun hubungan cinta, kedua-duanya memerlukan masa untuk mengenali satu sama lain.
Bawa bayi ke tempat kerja
Jika tidak boleh membawa bayi ke tempat kerja, atau ketiadaan ruang dan privasi untuk menyusukan bayi di tempat kerja, ibu boleh memerah susu dengan tangan atau menggunakan pam secara manual. Ada juga pam elektrik yang lebih memudahkan. Simpan susu di dalam peti sejuk untuk diberikan kepada bayi apabila pulang ke rumah.
Upah penjaga
Ibu juga boleh mengupah pengasuh yang berpengalaman untuk menjaga bayi semasa mereka pergi bekerja. Lakukan yang terbaik untuk keluarga dan mengikut kemampuan. Malah, mereka boleh meminta seorang anggota keluarga yang boleh dipercayai untuk menjaga bayi. Tinjau pusat penjagaan siang hari, temu duga penjaga, semak rujukan, dan tanya pelbagai soalan. Perhatikan cara pengasuh menjaga anaknya dan rasakan sama ada sentuhan, belaian dan kemesraan yang boleh diberikan kepada bayi anda dapat membuat anda dan juga bayi anda berasa selesa.
Sumber :www.bharian.com.my
*Rencana Program Pilihan Bijak ini hasil kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia; Persatuan Pediatrik Malaysia; Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia; Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan penaja utama, Philips Avent Malaysia.
Jika berminat dengan supplemen shaklee dalam menjayakan penyusuan susu ibu boleh
Call/sms |0125706701|
Email |sitiyana_aiman@yahoo.com|
Anda akan mendapat consultation percuma...sebelum dan selepas pembelian...
No comments:
Post a Comment