Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..

Saturday 27 October 2012

Perbezaan Vitalea Shaklee

Multivitamin yg mementingkan keperluan individu mengikut kadar yang betul

Saturday 20 October 2012

Anda nak kulit berseri disamping mendapat Berat Badan Ideal? Jom ESP

Sustain Released Vitamin C Shaklee

Salam,
Entri kali ni saya nak story tentang macam2 vitamin C yg dijual di pasaran.. Vitamin C Organik, Vitamin C 500mg, Vitamin C Dr Holand dan macam2 nama lg.. Semuanya diambil dari Sustain Released Vitamin C Shaklee..tetapi cuma rebrand balik je..tidak hairanlah Vitamin C tersebut sangat berkesan kerana diambil dari Shaklee yg sememangnya semulajadi, selamat dan berkesan.. Dan Shaklee dah 50 tahun di pasaran..Jadi kenapa nak bayar lebih....Saya juga bukan semata-mata nak jual atau berniaga,. Saya nak bantu kawan atau saudara seislam untuk mendapat kesihatan yg lebih baik seperti saya dan family saya dan semua customer saya yg memberi feedback yg sangat positif...Jadi pilihan di tangan anda..anda yang memilih...

Friday 19 October 2012

Anda mengalami Alahan.. Jom cuba ESP Shaklee sebagai Rawatan Alternatif

Jika berminat..boleh call/sms 0125706701

Anda Hb rendah?Vitalea Shaklee Penyelamat...

Jika berminat.. Boleh call/sms 0126706701

Testimoni Pengguna ESP Shaklee

Salam,
Pagi ni nak share pengguna shaklee ygng menggunakan Shaklee semasa zaman bujangnya, kemudian meneruskan hingga zaman kahwinnya, kemudian hamil, berpantang dan kini menyusu juga menggunakan ESP dan produk shaklee yg lain...Sebarang pertanyaan atau order boleh whatapp 0125706701. Jom kita baca testimoni ni..

Untuk order ESP secara secure online boleh klik di sini>>>
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2134556f9140640adff936306ce87a24

(Untuk order secara secure online pembayaran melalui debit card atau card credit sahaja)
Jika tiada debit card atau kad kredit boleh terus hubungi saya di 0125706701 untuk order secara manual 
atau bank transfer atau cash on delivery

Wednesday 17 October 2012

Rawatan Alternatif untuk anak yang ada Masalah Asma

Testimoni Basic H

Salam, entri kali ni saya nak share testimoni Basic H.. Ni testimoni saya sendiri.. Sayur sawi yg layu dalam peti ais.. Boleh jadi segar bugar bila direndam dengan basic H.. Macam baru petik..memang saya betul2 jatuh cinta dgn basic h..kalau kena panas dan melecur rendam atau sapu ja basic h.. Kalau gatal badan, ekzema spray je dan mandi ja dengan basic h.. Kl nak cuci rumah tangga. Guna ja basic h.. Nak basuh botol baby pun guna basic. H..nak cuci kesan kotoran pada baju pun guna basic h.. Kalau demam tuam dan mandi je dengan basic h.. Sebab basic h ni 3 kali ganda kuasa penyejuk lebih dari air..tapi yg paling boleh dilihat.. Testimoni yg saya nak share ni.. Dapat menyegarkan sayur yg dah nak layu.

Rawat Kulit Kering dan Bersisik dengan Vitamin E Shaklee

Salam,
Entri kali ni saya nak share tentang pengguna Shaklee yang menghadapi masalah kulit kering dan bersisik.. Dan dia amat berpuas hati bila kulitnya menjadi lembab dan tak kering lagi walau sebelum ni dah bermacam krim dan buah- buahan yg dia ambil..

Saturday 13 October 2012

Testimoni Ibu yang mengambil ESP dan Ostematrix

Salam, entri kali ni saya nak share tentang ibu mengandung yang mengambil ESP dan Ostematrix

Wednesday 3 October 2012

Lecithin

Salam, entri kali ni saya nak share tentang Lecithin. Info ini adalah hasil tulisan Rafaliah Yusop..,

LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaanya
Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .

Kolin – satu komponen neurotransmitter.

Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.

Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Kredit to Rafaliah Yusop


Jika anda berminat boleh hubungi saya di 0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com

10 Makanan Agar Kulit Mulus

Salam, entri kali ni saya nak share makan yang boleh membuatkan kulit kita mulus. Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

Tetapi jika anda tiada masa untuk mengambil semua makanan ini setiap hari,secara teratur.. Tidak salah untuk anda mencuba supplemen yang semulajadi iaitu shaklee. Supplement yang dikhususkan untuk kulit ialah

1) Caratomax
2) GLA
3) ESP
4) SUSTAIN RELEASE VIT C
5) SHAKLEE COLLAGEN POWDER
6) VIT E
7 ) VIT B COMPLEX

Vitamin mana yang nak di pilih. .boleh whatapp saya di 0125706701 untuk mendapat cadangan yang bersesuaian dengan kulit dan masalah kulit..

Tuesday 2 October 2012

Keputihan dan Alfafa

Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Kamu terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Ketahui pula jenis jangkitan
Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Semua orang akan mengalami masalah keputihan, saya sendiri pun begitu tapi setelah saya mengambil ALFAFA Shaklee masalah keputihan mmg dapat dirawat...setengah org kena pakai pantiliner sbb keputihan yg teruk..bila mkn alfafa.. Alhamdullilah... Bagi yg pakai pantiliner..x pakai pun dah xpa dah.. Mmg saya suka alfafa ni.. Siapa yg mengalami masalah keputihan boleh hubungi saya di 0125706701 atau email di sitiyana_aiman@yahoo.com... Anda juga boleh ketahui byk lagi kelebihan alfafa dalam entri saya sebelum ni...


Monday 1 October 2012

Resdung

RESDUNG - Risiko jangkitan otak

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung dan tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

* Berdengkur yang kronik

* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

* Alahan hidung atau hidung sensitif

* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:

* Skop hidung untuk melihat punca resdung

* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

* Ubat selesema

* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2864pLL9g
© Utusan Melayu (M) Bhd

Untuk mengatasi masalah resdung anda disarankan untuk merawatnya secara semulajadi...vitamin c shaklee, b complex dan alfafa.. Insyaallah dapat membantu...boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut utk set ini....0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com. Dibawah ni adalah produk shaklee yg boleh merawat masalah resdung..