Entry kali ni saya nak cerita pasal minyak jagung.. Minyak jagung selalu kita guna untuk memasak makanan dan membuat kuih muih.. Sebelum ni, tentu anda berfikir bahawa minyak jagung adalah minyak yang sihat sebab ia adalah minyak sayuran.. Seperti mana pada fikiran saya juga, minyak jagung baik semuanya..rupa-rupanya minyak jagung ada juga keburukan.. Jadi guna secara besederhana.. Jom baca artikel di bawah kenapa minyak jagung juga memberi kesan buruk pada kesihatan..
Apakah Minyak Jagung Baik Untuk Kesihatan Diri Kita?
Minyak jagung merupakan salah satu jenis minyak masak yang wujud di dunia ini. Ia merupakan sejenis cecair yang tebal dan kaya dengan kalori yang diekstrak daripada jagung. Minyak ini selalu diguna pakai di dalam pelbagai jenis produk makanan seperti salad, kek mahupun masakan lauk-pauk yang biasa. Dengan kewujudan jagung yang banyak, masalah bahawa minyak ini akan habis bukanlah menjadi masalah dan ia juga murah. Akan tetapi, minyak jagung ini mungkin akan mendatangkan kesan buruk yang lebih banyak berbanding kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan kita.
Kandungan kalori di dalam minyak jagung ini ternyata tinggi. Ini dapat dikenalpasti melalui persamaan satu sudu minyak jagung dapat disamakan dengan 120 kalori, ataupun 6 peratus daripada diet 2000 kalori untuk sehari. Ternyata dengan fakta ini, minyak jagung ini tidak membantu jika anda ingin mengurangkan berat badan dan ia mendatangkan kesang yang sebaliknya, iaitu menambahkan berat badan. Minyak jagung jugak tinggi dengan kandungan lemak. Satu sudu minyak jagung dapat disamakan dengan 13.6 g lemak. Namun begitu, ia juga datang dengan faedah yang baik seperti menolong badan untuk menyerap vitamin, membantu badan untuk bertahan sesi senaman yang lama dan mengekalkan kulit dan rambut anda kelihatan sihat.
Selain itu, minyak jagung juga kaya dengan lemak tidak tepu. Hal ini mendatangkan kesan buruk kerana terlalu banyak penggunaan lemak tidak tepu akan meninggikan risiko tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan hanya 16g atau kurang amaun lemak tidak tepu yang boleh diterima oleh tubuh badan kita dalam sehari. Minyak jagung juga tidak mengandungi banyak mineral dan vitamin selain daripada vitamin E. Vitamin ini bertindak sebagai antioksidan dan ia membantu untuk mengurankan risiko keradangan dan membantu menguatkan sistem imunisasi badan manusia.
Ternyata minyak jagung ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk kepada diri kita berbanding kesan yang positif. Dengan itu, sebaik-baiknya kita mengelakkan diri daripada kerap menggunakan minyak jagung dalam masakan harian kita.
Sumber: http://iphone.mylaunchpad.com.my/health/article/articleid/257333/apakah-minyak-jagung-baik-untuk-kesihatan-diri-kita
No comments:
Post a Comment