Makanan Yang Membahayakan Kulit
Sering kali kita mendengar bahawa pemakanan yang sihat terdiri daripada mengamalkan makanan yang sihat terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun begitu, adakah kesemua jenis sayur dan buah ini baik untuk tubuh badan kita? Dan haruskah kita mengamalkan pengambilan sayur-sayuran itu setiap hari?
Bagi mereka yang gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, sudah pasti mereka pernah memakan biji benih dan biji buah-buahan itu sendiri. Kajian menunjukkan bahawa biji benih dan biji mengandungi sebuah bahan yang diberi nama amygdalin. Bahan ini jika pengambilannya diambil di dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghasilkan hidrogen sianida yang mungkin akan berakhir dengan maut. Buah-buahan seperti epal, mangga dan pic mengandungi asid itu. Tetapi jika tertelan biji itu dengan cara tidak sengaja, ia tidak mendatangkan apa-apa bahaya kerana ia memerlukan amaun yang banyak untuk melakukan reaksi.
Selain itu, ubi kentang yang telah bertukar menjadi hijau juga mendatangkan bahaya. Warna hijau mula muncul di kulit ubi kentang ini terjadi kerana terlalu didedahkan kepada cahaya. Toksik mungkin telah terhasil di bahagian bawah kulit ubi kentang berwarna hijau itu. Jika individu termakan bahagian itu, ia mungkin mendatang kesan seperti sakit kepala, mual dan cepat letih. Hal ini boleh dielakkan melalui menyimpan ubi kentang di dalam tempat yang kering dan gelap.
Kacang merah mentah juga berbahaya kerana ia mengandungi toksin yang dipanggil lectins. Toksin ini akan mendatangkan kesan seperti mual, muntah-muntah dan perut memulas. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara memasak kacang merah ini dulu. Ubi kayu merupakan salah satu makanan karbohidrat yang paling tinggi amaun pengambilannya di dunia. Akan tetapi, ubi kayu ini mengandungi cyanogenic glycosides secara semula jadi. Hal ini kerana asid itu bertujuan untuk melindungi tumbuhan. Langkah terbaik untuk membuang asid itu adalah dengan menjemur, merendamnya di dalam air ataupun memasaknya selepas dipetik.
Penting bagi kita untuk mengambil tahu jenis toksin dan asid yang wujud di dalam makanan kita dan apakah kesannya jika berlarutan. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: http://iphone.mylaunchpad.com.my/health/article/articleid/257347/makanan-yang-membahayakan-kulit
No comments:
Post a Comment