Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

Petua Hilangkan Dengkur

*************************
Tidur Dengan SELADANG
*************************

Al kisahnya...pakcik ni tidur di bilik bersama isterinya..kebetulan waktu tu,ada saudara yg datang menumpang tido di rumah mereka..saudara pakcik makcik ni tengah layan National Geografic..

Tiba-tiba.........

Dengar bunyi yang sangat kuat dan pelik macam bunyi seladang...sapa yang tak pernah dengar bunyi seladang...google ya :)

Pastu tercari-cari la mana bunyinya dekat Tv...tapi masa tu bukan cerita pasal seladang...cerita pasal ular..mula pelik...tapi nak tau jugak dari mana datang bunyi tu..naik bulu roma jugak tengah-tengah malam ni..sambil mencari bunyi tu semakin kuat bila menghampiri bilik pakcik dan makcik ni..pintu bilik tak tutup rapat..jadi dapatlah tgk sedikit...

Adoiiii....

Rupa-rupanya pakcik yang berdengkur..dahsyat betul bunyinya..kalau dengar risau takut mati mengejut...terfikir..boleh ke makcik tido bila bunyi macam seladang..kuat pulak tu..malas nak pikir banyak...terus tak jadi habiskan nonton national geografic...masuk bilik terus tido....

Esoknya..

Saudara pakcik bagi minyak ikan brand yang dia suka..bagi la dalam 6 biji dekat pakcik dia ni..free ja dia bagi..dia tak dak cakap apa..cuma cakap untuk kesihatan..makan sebelum tido..sebab hari tu saudara pakcik ni dah nak balik..

Selepas 3 hari...

Isteri pakcik ni telefon anak saudaranya tanya ubat apa yg dia bagi..anak saudara pakcik ni terkejut tanya pulak kenapa...bunyi dengkur dah perlahan dan sayup2 ja...anak saudaranya ni senyum dan cakap tu minyak ikan..Isteri pakcik ni terus suruh anak saudaranya ni belikan sebotol...

Sekarang...

Tiada lagi bunyi seladang...yang ada bunyi sayup2 yang boleh melenakan tido orang sebelah...

************************
Penawar Anti Dengkur 
************************

Siapa yang mengalami masalah yang sama?Saya ada solution untuk membantu atasi masalah dengkur...

Kesan

>Hidung dan dada yang selesa
>Irama dengkur kurang kedengaran
>Tidur yang puas dan lebih nyenyak
> Orang sebelah Tidur  dengan lebih tenang
> Kurang sejuk dada dan batuk di tengah malam

Jika anda, anak, suami, ayah sendiri mengalaminya..nak cuba?

Pm/whatapps 0125706701..saya akan share products  yang berkesan dan tiada kesan sampingan..

Wednesday, 4 July 2012

Bahaya Anemia pada Ibu Mengandung

Anemia boleh ragut nyawa wanita, anak lemah mental

“ANEMIA boleh menyebabkan kekurangan kalsium ketika mengandung.” - Wanita 1 “Kalau anemia masa hamil, anak boleh cacat.”

- Wanita 2
LUAHAN dua wanita itu menerusi paparan slaid mengenai hasil tinjauan rambang wanita tempatan ketika bengkel’ Kehamilan dan Anemia : Lebih Lazim daripada yang Anda Jangka - Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera, di ibu negara, baru-baru ini amat mengejutkan.

Apa tidaknya, kenyataan mereka yang dibentangkan pada program anjuran Merck Consumer Healthcare itu turut membuktikan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat mengenai masalah anemia kekurangan zat besi ketika hamil biarpun ada di antara mereka sedang mendukung bayi berusia kurang setahun.

Malah, ramai wanita mengandung juga menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian?

Persepsi itu salah kerana kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.
Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya.

Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

“Sebaiknya, ujian darah dilakukan sebelum merancang kehamilan tapi malangnya, ramai wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan disahkan mengalami anemia ringan semasa ujian darah dijalankan,” katanya.

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl.

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit.

“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan.

“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum.

“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.

INFO

1. Anemia kekurangan darah biasa dialami:

* Penduduk luar bandar
* Ibu kembar
* Ibu kerap hamil
* Vegetarian
* Remaja
* Perokok
* Penghadaman terganggu

2. Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

3. Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka


Masalah ibu yang mempunyai Anemia juga dapat dibantu dengan pengambilan supplemen dari shaklee...
Jadi bagi ibu hamil yang memerlukan supplemen yg lebih semulajadi , selamat dan berkesan tanpa pewarna,pengawet dan pewarna.Boleh hubungi saya di |0125706701| atau email |sitiyana_aiman@yahoo.com|

Kerjaya dan Penyusuan Susu Ibu

Imbangi tuntutan kerja, susukan bayi


TANGGUNGJAWAB sebagai ibu dan suri rumah membawa banyak cabaran yang unik tetapi menyeronokkan, lebih-lebih kepada ibu baru yang mahu terus menyusukan bayi tersayang, selepas kembali bekerja.

Soal penyusuan susu ibu itu sendiri bukan sekadar tanggungjawab, tetapi hak bagi memastikan si kecil mendapatkan pemakanan yang lengkap dan berkhasiat. Justeru, hanya kerana ibu terpaksa kembali bekerja selepas pantang atau selepas menghabiskan cuti bersalin, ia tidak bermakna ibu terpaksa menghentikan pemberian susu badan. Malah, tiada sebab ibu perlu menghentikan pemberian susu badan sedangkan khasiat susu ibu tiada tandingan dan memberi banyak kebaikan kepada bayi. Ini termasuk menguatkan sistem imun atay daya tahan badan, mengurangkan alahan, melindungi daripada banyak penyakit kronik dan mengakrabkan hubungan antara ibu dan anak.
Ramai wanita berasakan puas apabila mengetahui bayi mereka mendapat pemakanan yang terbaik, walaupun terpaksa berkorban meninggalkan bayi di rumah atau di pusat penjagaan apabila mereka keluar bekerja.

Ramai wanita berasakan puas apabila mengetahui bayi mereka mendapat pemakanan yang terbaik, walaupun terpaksa berkorban meninggalkan bayi di rumah atau di pusat penjagaan apabila mereka keluar bekerja.

Ini sebenarnya bukanlah satu masalah andai si ibu bijak mengimbang tugas dan tanggungjawab menyusukan bayi.

Berikut antara panduan yang boleh diamalkan si ibu:
Membulatkan tekad
Kata orang, tiada hidup yang tiada masalah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apabila ibu membulatkan tekad untuk terus menyusukan bayinya, beliau akan mencari jalan untuk melakukannya. Jika ibu percaya bahawa pemberian susu ibu penting untuk bayinya dan juga dirinya sendiri, melakukan apa yang perlu untuk meneruskan hubungan yang indah ini tidaklah sesukar yang disangka. Lebih penting lagi, ibu dapat merasai semula nikmati dan keseronokan menyusukan bayinya sepenuh masa apabila pulang ke rumah selepas bekerja dan pada hujung minggu.

Kenali satu sama lain
Jangan biarkan kerunsingan memikirkan masalah masa depan mengganggu ketenteraman masa anda bersama bayi anda. Untuk membina jalinan hubungan yang kukuh, ibu mesti melupakan apa juga kemungkinan yang boleh menimbulkan kebimbangan kerana dalam hidup kita tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Menjadi ibu kepada bayi yang baru lahir menuntut sepenuh masa dan sepenuh perhatian. Minggu-minggu selepas kelahiran adalah masa untuk ibu ‘menaruh cinta’ kepada bayinya. Seperti apapun hubungan cinta, kedua-duanya memerlukan masa untuk mengenali satu sama lain.

Bawa bayi ke tempat kerja
Jika tidak boleh membawa bayi ke tempat kerja, atau ketiadaan ruang dan privasi untuk menyusukan bayi di tempat kerja, ibu boleh memerah susu dengan tangan atau menggunakan pam secara manual. Ada juga pam elektrik yang lebih memudahkan. Simpan susu di dalam peti sejuk untuk diberikan kepada bayi apabila pulang ke rumah.

Upah penjaga
Ibu juga boleh mengupah pengasuh yang berpengalaman untuk menjaga bayi semasa mereka pergi bekerja. Lakukan yang terbaik untuk keluarga dan mengikut kemampuan. Malah, mereka boleh meminta seorang anggota keluarga yang boleh dipercayai untuk menjaga bayi. Tinjau pusat penjagaan siang hari, temu duga penjaga, semak rujukan, dan tanya pelbagai soalan. Perhatikan cara pengasuh menjaga anaknya dan rasakan sama ada sentuhan, belaian dan kemesraan yang boleh diberikan kepada bayi anda dapat membuat anda dan juga bayi anda berasa selesa.

Sumber :www.bharian.com.my

*Rencana Program Pilihan Bijak ini hasil kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia; Persatuan Pediatrik Malaysia; Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia; Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan penaja utama, Philips Avent Malaysia.

Jika berminat dengan supplemen shaklee dalam menjayakan penyusuan susu ibu boleh

Call/sms |0125706701|
Email |sitiyana_aiman@yahoo.com|
Anda akan mendapat consultation percuma...sebelum dan selepas pembelian...

Thursday, 14 June 2012

7 Perkara Penting dalam Pemilihan Soya

Salam, Sekarang byk produk soya di pasaran daripada pelbagai jenama..tetapi adakah kita tahu perkarangan penting dalam pemilihan soya..di sini saya petik dari tulisan rakan seperjuangan saya dalam shaklee iaitu zura bety. 7 Essential dalam Pemilihan Soya By Zura Betty Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni. Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan-Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Thursday, 24 May 2012

Tip Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja

Penyusuan Badan Ibu Bekerjaya

Tip Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja

Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.

Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersa...ma bayi mereka?
Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.
Sebelum Kembali Bekerja...

Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.

Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.

• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?

• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.

• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.
Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.

Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.

Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.

Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.

Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.

Sunday, 20 May 2012

Cabaran Menyusu Bayi Kembar

Menyusu Bayi Kembar

Assalamualaikum, entry kali ni saya terpanggil untuk berkongsi tentang penyusuan bayi kembar. Walaupun saya tiada bayi kembar.. bagi saya ia merupakan pengetahuan yg amat berguna bagi yang memiliki bayi kembar dan ingin menyusu...Nak seribu daya tak nak seribu dalih..mungkin cabaran nya lebih hebat dari menyusukan seorang bayi seperti saya dan ibu2 di luar sana..Tapi Allah dah tetapkan rezeki (susu ibu) masing2..Kalau kita berusaha,positif dan berdoa..Insyaallah Allah tidak akan menghampakan hambanya.. Artikel ini saya ambil dari web iaitu momchoice..saya sudah linkkan dkt "sumber" di bawah. Kawan saya pun sedang mengandungkan bayi kembar..harap ini dapat menjadi pedoman kepada beliau dan ibu2 yang menyusu anak kembar...


Menyusu bayi kembar adalah cabaran yang hebat bagi ibu bapa yang hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu:

1. bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima kehadiran 2 bayi (atau lebih) serentak
2. bersedia untuk kemungkinan bayi lahir pramatang
3. bersedia untuk kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean
4. membuat perancangan corak penyusuan yang akan diberi kepada bayi

Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang “susu tidak cukup”. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran maka salah seorang atau kedua-duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula!
Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa tips yang boleh diamalkan:

1. Menyusu seawal 1 jam pertama.
Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal 1 jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu.
Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah ‘ubat’ paling mujarab untuk menambah berat badan bayi kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir.
Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk membantu memposisikan kedudukan ibu untuk menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang awal dengan doktor atau jururawat bertugas hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama sebaik mengetahui pembedahan akan dijalankan.

2. Menyusu sekerap mungkin
Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara 8-12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Rujuk rajah posisi penyusuan bayi kembar seperti di bawah.
Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan.
Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

3. Banyakkan berehat
Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stress yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi.


4. Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat
Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

5. Hadkan pelawat
Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ianya penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.

6. Bersedia dengan soalan “Cukupkah susu?”
Soalan ini mungkin akan ditanya oleh ramai orang malah mungkin dari diri ibu sendiri. Biarpun ibu menyedari tentang konsep “demand and supply” dalam proses penghasilan susu ibu namun soalan ini mampu menggugat kepercayaan dan keyakinan ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Abaikan soalan-soalan sebegitu malah tidak perlu berhujah panjang untuk menyakinkan orang lain tentang “cukup susu”. Apa yang penting ialah yakinkan diri sendiri dan pasangan bahawa susu ibu mencukupi untuk menampung keperluan kedua-dua bayi kembar. Banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rezeki untuk anak-anak.

7. Posisi penyusuan ibu
Berikut adalah rajah posisi yang boleh dipilih untuk ibu menyusukan bayi kembar. Ibu boleh menyusu serentak kedua-dua bayi dalam satu masa atau menyusu seorang dahulu kemudian diikuti oleh seorang lagi atau minta bantuan orang lain memberi susu perahan kepada seorang bayi sementara ibu menyusu yang seorang lagi. Pastikan kedua-duanya mendapat peluang direct feeding yang sama.
Walau apa pun posisi yang dipilih oleh ibu pastikan ianya selesa, tidak menyakitkan bahagian belakang atau abdomen. Gunakan banyak bantal sebagai sokongan.



Posisi Penyusuan Ibu untuk Bayi Kembar

8. Persediaan Susu Perahan
Ibu-ibu perlu bersedia dengan stok susu perahan sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Untuk bayi kembar sudah semestinya keperluannya sekali ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Bersedialah dengan mula memerah seawal 2 minggu selepas bayi lahir untuk mendapatkan stok yang mencukupi untuk keperluan 2 orang bayi.

Yakinlah bahawa Allah akan mengurniakan bersama kelahiran itu rezeki (susu ibu) yang mencukupi untuk mereka...Selalu positif untuk menjayakan penyusuan,kerana positif itu jgk adalah doa...Insyaallah anda akan berjaya..

Sumber: La Leche League International, breastfeedingbasics.org, breastfeeding.com

Wednesday, 16 May 2012

Istimewanya Shaklee berbanding produk lain..

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..
Anda makan jamu untuk menyihatkan badan?Atau makan supplemen lain utk memastikan badan anda sentiasa sihat..Seperti saya juga, saya mengambil supplemen utk memastikan badan saya sentiasa sihat n kekal sihat..selain berdoa kepada Allah supaya memberi saya kesihatan untuk menjaga suami,ank n keluarga saya..Selain berdoa,kita mesti jgk berusaha..kl tidak tak kan ada istilah tawakal..sebab kita akan bertawakal setelah berusaha n berdoa..Seperti mana yg anda tahu,saya memilih Shaklee. Kenapa saya pilih SHAKLEE, kenapa tidak produk lain yg ada jenama seperti SHAKLEE. Ini kerana Shaklee HALAL,SEMULAJADI,SELAMAT dan BERKESAN.Orang yang mencipta apa sahaja supplemen adalah org yang hebat..termasuklah org yang mencipta Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee kerana ia berdasarkan konsep semulajadi, selamat n berkesan. Dia mungkin sebijak pencipta supplemen semulajadi yang menjadi sebutan sekarang..Anda boleh menyenaraikannya sendiri.Tapi apa yang istimewanya beliau. Ini kerana beliau pada waktu bayi n kecilnya mempunyai keadaan kesihatan yang tidak memuaskan..dan doc menyarankan ibu beliau menyusukannya atas dasar KASIHAN. Sebagai inisiatif, ibunya menggunakan ilmu nutrien dan herba dalam pemakanannya di mana atas sebab itu,kesihatannya pulih dan seterusnya memanjangkan tempoh hayatnya..Dengan usaha dan penemuan ini, beliau menanam minat dalam keseimbangan, kecantikan dan keindahan alam semulajadi..dan di situlah merupakan titik tolak bagaimana terciptanya supplemen Shaklee yang selamat, semulajadi n berkesan..Yg lainnya Shaklee bg saya, ini kerana, penciptanya bukanlah semasa kecilnya adalah org yg sihat, tetapi berpenyakit..Beliau sembuh disebabkan nutrien dan herba...Dan bagi saya, orang sakit n sembuh menjadi org yg sihat lebih memahami apa yang terbaik. Dan beliau juga lebih memahami bagaimana rasanya tidak sihat n ingin menjadikan semua orang sihat..dan penciptaannya lebih ikhlas..Apapun itu pendapat saya sahaja..Bila teringat cerita ni, saya teringat anak saya..anak saya sakit jantung yg serius..tp sy mmg berusaha semampu mungkin supaya dia mempunyai kesihatan yang baik seperti anak sihat yg lain..kl bab jantung,mmg saya x blh nak buat apa..sbb Allah dah beri dugaan seperti itu..tapi saya hanya blh berusaha dari segi pemakanan..termasuklah saya menyusu badan, makan supplemen spt Shaklee supaya anak saya dapat manfaat melalui susu ibu yg berkualiti...dan alhamdullilah,,anak saya jarang sakit..wlpun dr ckp pesakit jantung sgt sensitif..cepat dpt jangkitan..dan saya sendiri kurang demam atau selsema, n jarang sakit kepala..Sebab itu,saya sangat yakin dgn Shaklee dan akan sentiasa memilih Shaklee...Bahkan, Shaklee jgk merupakan syarikat yang pertama di DUNIA dalam bidang supplemen. Dah 50 tahun di pasaran..PROVEN SAFE N EFFECTIVE. Di bawah ini adalah info kenapa Shaklee semualajadi, selamat n berkesan...(diambil dari www.shaklee.com.my)

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
  •  

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

Friday, 27 April 2012