Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..

Wednesday, 19 September 2012

Masalah Gigi dan Gusi Berdarah ketika Hamil

Masalah gigi & gusi berdarah ketika hamil

Salam,
Entry kali ni, saya nk share tentang masalah gigi n gusi berdarah ketika hamil. Saya sendiri mengalaminya ketika hamil tapi pada waktu tu saya tak tahu apa puncanya...bagi saya saya kekurangan vit c agaknya..tetpi semasa hamil ank pertama mmg saya belum ambik shaklee.. Saya mula ambik shaklee sejak umur anak 4 bulan...pada waktu lepas pantang, masih ada masalh yg sama iaitu gusi n gigi saya berdarah jika menggosok gigi...setelah beberapa lama mengambil shaklee.. Mmg ada perubahan di mana gusi n gigi saya kurang berdarah.. Sebenarnya saya tak perasan pun sbb saya ambik set breasfeeding utk memperkayakan nutrisi susu n jg nk jaga kesihatan diri n anak...tapi bila dh saya jarang berdarah gigi n gusi, baru saya perasan mcm dh lama ja xberdarah gusi n gigi.. Kalau masa mengandung mmg kerap,,,alhamdullilah di samping ambik set bf dapat jgk manfaat lain..3 bulan lepas saya ada jumpa doc gigi, saja tanya.. Kena makan apa utk elak gigi n gusi berdarah.. Doc ckp vit b complex n vit c..mmg saya ambik pun dln set bf dua2 vitamin tu.. Masa ngandung kl pergi klinik kesihatan, nurse akan bg vitamin..saya rasa x nmpk pun perubahan utk gigi n gusi sbb waktu tu saya blm ambik shaklee.. Tapi bila ambik vitamin shaklee masa bf..mmg bitamin shaklee sgt berkesan utk masalah gigi n gusi.

Artikel di bawah ni, saya ambik dari sebuah laman web.. Semoga anda mendapat info yg berguna dari artikel ini

Sumber: http://crown.forumotion.net/t123-masalah-gigi-gusi-berdarah-ketika-hamil

Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut. Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah. Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman. Selain itu rasa mual dan munta di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. Gangguan ini menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.
Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan
yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.


Cegah masalah gigi

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.


Bersihkan diri dengan teratur

Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.
Penggunaan ubat kumur yang mengandungi anti-septik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekali gus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut.
Selain itu setiap kali muntah berkumur dan gosoklah gigi.


Jaga Pemakanan

Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi.
Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan.
Vitamin B6 boleh diperoleh dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.
Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju,
minyak hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.


Rawatan gigi

Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan
pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama
dan ketiga.

Regards,
Liyana 0125706701

No comments:

Post a Comment