Shaklee Independent Distributor
Friday, 28 December 2012
Semakin Hampir ke 2013
Sihat ke semua...?harap semua sihat.. Kalau tak sihat.. Boleh e mail saya for consultation and advice... Feel free to share :) Sekejap ja dah nak masuk 2013.. Sepanjang tahun ni penuh makna.. Suka.... Duka... Memang banyak saya belajar dari 2012 ni.. Saya pun dah setahun join Shaklee setelah consume setahun.. Sekarang dah 2 tahun saya amalkan Shaklee.. Pada mulanya saya sahaja yg ambik utk diri dan anak untuk breastfeeding.. Sekarang suami pun consume sama..bertuah kerana ditemukan dengan Shaklee..The best product, very natural and safe..
Best sangat dan bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah dapat bantu kawan- kawan, kawan yg tak dikenali.. Saudara mara untuk dapat kesihatan yg diingini..Saya tak pernah bermimpi pun.. Tahun 2012 jgk saya belajar untuk sentiasa positif walau dalam hati menangis..positif itu adalah doa...anda tidak percaya.. Anda akan tahu bila anda positif dan cuba positif..
Perkara yg mustahil jgk akan berlaku jika anda positif..Positif tanpa usaha tak bermakna apa-apa..Ia terjadi pada saya..2013.. Adalah tahun penuh cabaran pada saya.. Cabaran untuk mencapai impian saya.. Impian saya, saya akan beritahu bila tercapai kelak.. Yang paling penting saya nak semua orang sihat..sihat tanpa kesan sampingan...Ada anak yg diberi penyakit oleh Allah untuk menguji saya dan suami...Alhamdullilah.. Anak saya sihat.. Tapi kita kena usaha bagaimana untuk mengekalkan kesihatan dia..positif adalah senjata utama..saya percaya anak saya jugak positif dan semangatnya kuat..sebab tu Allah mengurniakan kesihatan padanya..disamping kami jugak berusaha dari segi doa.. Suplemen.. Minda yg positif jgk..Harap Allah mengekalkan minda kami untuk positif setiap perkara.. Walaupun tergelincir jgk sekali sekala..Bersangka baik pada setiap perkara...dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Semoga 2013 menjanjikan kenangan paling manis.. Kejayaan paling manis dan kebahagiaan yang boleh dikongsi dengan semua.. Amin Ya Rabbal Alamin...
Regards,
Liyana
Sunday, 16 December 2012
Sentiasalah Yakin Shaklee Itu Halal
Ramai orang bertanya adakah Shaklee itu halal atau tidak.. Kalau tanya saya.. Kalau tak halal dah lama saya tak guna.. Sebelum saya menggunakan Shaklee saya juga pernah mengutarakan isu ini.. Setelah bertanya dan berdasarkan bukti yang sahih.. Saya memang yakin Shaklee Malaysia adalah HALAL..tapi masih ada yang meraguinya tanpa Ilmu,, terpulang..kalau tanya saya memang saya sangat yakin..Tetapi, saya hanya yakin pada Shaklee yang dipasarkan di Malaysia sahaja.. Kerana Shaklee Malaysia khas dibuat untuk negara Islam.. Tetapi kalau anda membeli produk Shaklee dari luar negara.. Tiada jaminan..Sebab itulah bukan semua produk Shaklee yg dibuat ,dipasarkan di Malaysia..Jadi produk shaklee yg dipasarkan di Malaysia telah disahkan Halal oleh ISA.. Sebuah badan yg diperakui oleh Jakim...jadi dapatkan produk shaklee daripada cawangan yang sah dan pengedar yg sah sahaja..Dibawah ini adalah bukti dari kajian pengedar Shaklee sendiri tentang isu Halal Shaklee..,
Sumber dipetik dari blog Hanis Amin (http://healthy.babykawaiistore.com/?s=Halal&search=Search) dan blog Beeha Yunos (http://beeandyou.blogspot.com/)
-------------------------------------------
"Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza. Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd. Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan. Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.
Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL
Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.*
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin seperti SHAKLEE JAPAN, SHAKLEE AMERIKA dan SHAKLEE CANADA. Kesemuanya menggunakan botol yang berbeza.
Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.
-------------------------------------------
Semoga anda terus sihat dan yakin dengan shaklee..
Regards,
Liyana
Wednesday, 12 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Siapa Kata Kita Tak Perlu Supplemen Tambahan
Entri kali ni saya nak share artikel yang diambil dari Majalah PAMA..kita rasa kita dah ambik makanan yang mengandungi protien, karbohidrat, vitamin, garam mineral dan pelawas.. Tapi adakah semua makanan yang kita ambil mengandungi semua jenis nutrien tanpa kita memilih satu pun makanan...Adakah kita menggunakan kaedah memasak yg betul untuk memastikan makanan yang kita ambil terpelihara dari nutriennya..makan buah-buahan dan sayur- sayuran organik.. Makan hanya makanan segar.. Jika tidak, bagaimana semua nutrien dapat dipenuhi untuk badan anda kekal sihat.. Oleh sebab itulah saya mengambil vitamin.. Vitamin yang saya pilih mestilah semulajadi, selamat dan berkesan.. Tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa,,Sebab itulah saya memilih Shaklee..jom baca artikel dari majalah PAMA ni.,,tentang pentingnya makanan tambahan dan Siapa yang perlukannya.,
~Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.
Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
Meningkatkan tahap tenaga
Meningkatkan sistem imun tubuh
Menguatkan tulang
Kesihatan mata dan penglihatan
Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
Wanita hamil dan menyusu anak
Pengamal diet yoyo
Perokok
Pengamal vegetarian
Pemnium alkohol yang kerap
Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. ~
Monday, 10 December 2012
Percutian Keluarga ke Koh Samui, Thailand..
Percutian kali ni kami sekeluarga pergi ke Koh Samui, Thailand,, kami mengambil van yg disewa dari sempadan Bukit Kayu Hitam.. Masih membawa bekalan vitamin-vitamain dan supplemen yg saya amalkan..Seronok-seronok jugak.. Tapi kesihatan kena jaga...hehe..Takut jugak penyakit tak diundang datang pada usia yg muda ni.. Muda ke? Hehe
Kami bertolak dari rumah 7.00 pagi.. Sebab dah janji dgn van di sempadan pukul 8, 11 November 2012. Kami sampai awal jadi sempat sarapan di Danok sebelum van tiba..Bertolak dari Danok kira-kira pukul 9. Driver yg bawak kami adalah org Islam Thailand.. Jadi mudahlah nak berhenti makan tengah hari...Selepas makan tengah hari berhenti Solat Jamak Takdim dekat Masjid yg berdekatan sahaja dengan tempat kami makan.. Lepas makan terus saya telan Vitalea(Multivitamin) dan Vitamin C.Rasa segar.. Tak letih langsung..kami meneruskan perjalanan lagi sehingga ke Surat Thani.. Sebab perlu naik feri ke Koh Samui.. Perjalanan Feri ambik masa 1 jam setengah.. Lama la pulak.. Tapi tak pe.. Bukan senang nak ke Koh Samui..
Sampai je Koh Samui.. Memang dah malam...yg penting pada waktu tu perut perlu diisi..Kemudian, kami ke perkampungan Islam yg ada restoren Islam dekat situ.. Nasi habis.. Kena tunggu nasi dimasak dulu.. Tunggu je lah sebab bukan senang nak cari makanan Islam...Kami makan Tomyam Campur, Telur Dadar dan Kailan Ikan Masin... Sedap,,, nasib baik sedap...Kemudian, kami terus ke tempat penginapan..,Ok jugak tempat penginapan tu.. Selesa.. Dekat dengan pantai...Malam tu, dah tak pergi mana-mana.. Nampak bantal aje.. He.. Tapi sebelum tu Solat Jamak dulu...Kemudian minum EsP, telan ostematrix.. Tidur dengan nyenyak sampai pagi esok.,
Esok, bangun dengan mudah dan segar :). Penangan ESP dan Ostematrix... Kami pun bersiap- siap..Sebelum tu, minum EsP dulu.. Baru nak jalan bertenaga je..Terus kami sarapan di Pasar dekat Koh Samui.. semestinya makanan Islam.. Kami meneruskan perjalanan ke Grandpa Rock n GrandMa Rock..Memang ajaib.. Sebijik.. Kuasa Allah., tapi bagi mereka ada sejarahnya tersendiri.. Tak tahulah betul ke tak...Tapi cantik gila tempatnya.. Air laut yang sangat cantik tanpa pencemaran.. Subahanallah..Kemudian kami bertolak pula ke dah lupa nama tempatnya.. Tapi tempat tu memang bela gajah dan seperti rekreasi hutan simpan yg penuh dengan gajah..jadi kami pun 3 beranak naik gajah selama setengah jam dengan harga rm140 utk dua orang.. Anak saya free aje..harga dia agak mahal tapi agak berbaloi sebab 30 minit dan gajah tu masuk hutan.. Kalau dia rasa nak poo poo atau pee pee ke ikut suka dia la dia nak berhenti dkt mana pun..masa dia tgh poo poo.. Nak termuntah dibuatnya..tapi yg penting best sebab dpt naik gajah.. Bukan senang kan..
Selepas tu, kami bertolak pulak ke pantai yg tak perasan namanya.. Jalan-jalan je dkt pantai tu, ambik gambar.. Tak mandi pun sebab dekat hotel kami nginap pun ada pantai yg cantik., kemudian kami bergerak tgk seaview.. Sangat cantik.. Ada laluan untuk tgk dan sangat sesuai untuk ambik gambar sebab kawasan dia cantik..dah habis cuci mata n tangkap gambar kami bergerak untuk makan tengah hari..kali ni kami beli sotong, ikan untuk dimasak oleh tukang masak di restoren tapi untuk makan malam.. Tengah hari tu kami ala carte je..Kemudian kami bergerak blk ke hotel untuk solat jamak taakhir..n terus mandi pantai dekat hotel kami... Bestttt .. Air yg bersih dan kehijauan...Ombak dia kuat betul..tak berani ke tengah sikit.. Dah dekat maghrib baru kami naik untuk bersiap untuk keluar makan malam...makan malam kali ni bahan basah telah dibeli tadi, sotong dan ikan..ikan dibakar..sotong plk buat goreng tepung..ikan siakap pulak dibuat 3 rasa..jadi malam tu cuma bayar upah masak je lah.. Sebab dah beli sendiri bahan basah.. Kekenyanngan.. Sebab makanan banyak sangat..
Selepas tu kami bergerak ke tempat seperti uptown.. Tak beli apa pun..saja jamu mata...kemudian, kami bergerak ke hotel untuk tido dan berehat sebab esok dah nak balik...balik hotel minum ESp n ambik ostematrix.. Tido dengan nyenyakknya.. Esok pagi bangun.. Siap2 untuk balik ke jeti koh samui.. Sebelum tu pergi sarapan pagi.. Makan bihun goreng yg penuh dengan udang n sotong,..kami pun pergi ke jeti dan beli tiket ke jeti surat thani.. Naik lagi 1 jam setengah.. Dah sampai jeti kami pun bergerak pulang ke sempadan bukit kayu hitam.. Sebelum tu ada singgah makan tengah hari n solat.. Sampai disempadan pun malam..sampai rumah mak pukul 11..alhamdullilah seronok pergi Koh Samui.. Walau tak sempat pergi ke Pulau.. Pusing naik bot.. Tapi ok la untuk kali pertama.. Jadi untuk cari ketenangan dari kesibukan kerja dan kota boleh la ke Koh Samui..yang penting tak letih dan masih bertenaga sebab consume supplemen untuk kesihatan dan tentunya Shaklee..Suami tanya letih tak.. Saya cakap tak pun.. Hehe.. Alhamdullilah..Allah telah memberi kesihatan.. Kesihatan itu juga suatu nikmat.. Kita je kena berusaha cari supplemen yg terbaik...ok sampai
di sini sahaja perjalanan saya dan
keluarga ke Koh Samui.. Harap dapat pergi ke tempat lain pula..
Regards,
Liyana
Tuesday, 4 December 2012
Shaklee Collagen Powder Promotion Disember~Buy 6 Free 1
Jom ambil peluang menggunakan Collagen yang terbaik yang telah diuji secara klinikal..
Jika berminat boleh call 0125706701 atau e mail sitiyana_aiman@yahoo. com
Monday, 3 December 2012
Collagen Terbaik - Shaklee Collagen Powder
7 Bahan Utamanya :
#Ekstrak biji benih Camellia, Japonica, ekstrak Pfaffia,
#kolagen ikan,
#ekstrak kerang-kerangan,
#lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B
Keistimewaannya :
¥ Kolagen bermolekul yang sangat ringan, kira-kira 1000 Dalton*
¥ mudah diserap oleh badan
¥ membantu peningkatan sistesi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan gabungan 7 bahan utama utk menigkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Kesan dan Faedah mengambil Kolagen
€ anti penuaan - mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yg kelihatan
€ menghidratkan - melembapkan kulit bagii mengurangkan rasa kering dan terkupas pada muka
€ mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
€ menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yng tebal dan bersinar
€ mencerah - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
€ mengegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara.
€ faedah tambahan kolagen - menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot didalam mata supaya lembut.
TERBUKTI BERKESAN!
Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakannya selama 8 minggu keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.
Sumber: http://semuasihatselalu.blogspot.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Untuk pertanyaan boleh call/sms 0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com
Saturday, 1 December 2012
PROMOTION YEAR END DISEMBER~SHAKLEE COLLAGEN POWDER
Promosi Disember tidak patut dilepaskan,, kerana anda tidak akan dapat harga seperti ini setahun sekali pun susah.... kedut tak menunggu anda.. Tua juga tak menunggu anda.. Jika dilihat pada harganya, anda seakan takut kan.. Tapi kenapa anda tak ambik peluang yang hanya sekali ditawarkan pada bulan ini.. Harga yang masih anda dapat angguk dan setuju.. Kenapa?Produk ini TELAH DIUJI.. ADA R & D.. Berapa banyak produk collagen yang ada R & D..Bukan produk ini sahaja.. Bahkan semua produk Shaklee.. Setelah diujii secara klinikal, produk ini mengambil masa 8 minggu untuk berkesan secara total.. Bukan sahaja kulit muka.. Malah seluruh badan termasuk rambut...Anda ragu? Yakinlah bahawa ia semulajadi, selamat, berkesan dan Halal...Tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa...Jadi jangan tangguh lagi untuk Cantik, Gebu, Awet Muda dan Anjal..
Call/Sms 0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com
Shaklee Collagen Powder
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
* Berat molekul diukur dalam unit Dalton
Call/Sms 0125706701 atau email: sitiyana_aiman@yahoo.com
Sumber: www.shaklee.com.my
Friday, 30 November 2012
Kenapa Anda Perlu Pilih Shaklee?
A recent clinical study in collaboration with the University of California Berkeley School of Public Health shows that people who used Shaklee supplements had markedly better health than both other multivitamin users and those who used no supplements. www.landmarkstudy.com
Here are the facts:
1) This study compared 3 groups of people
2) Shaklee group used supplements for at least 20 years
3) All 3 groups average age in the 50s and 60s with the Shaklee group being the oldest
Sumber: http://www.healthisalifestylechoice.com/shaklee-landmark-study.html
Wednesday, 21 November 2012
Tuesday, 13 November 2012
Saturday, 10 November 2012
Testimoni 6 minggu Shaklee Collagen Powder
Entri kali saya tak sabar-sabar nak share pengguna Shaklee Collagen Powder.. Memang sangat marvelous result dia..ujian klinikal telah disahkan bahawa Shaklee Collagen berkesan selepas penggunaan 8 minggu.. Testi ni bukan 8 minggu tapi 6 minggu.. Kalau 8 minggu mcm mana result dia.. Alah membeli menang memakai..Collagen ini semulajadi kerana ia dibuat dari sisik ikan merah.. Sememangnya ia selamat dan semulajadi..malah ia telah diuji.. Jadi anda tak perlu meraguinya.. Kerana itulah Trademark Shaklee.. Setiap supplemennya diuji dari bahan mentah ke produk siap2 dan ia dilakukan berkali- kali...jadi jom berkolagen dengan Shaklee.. Kerana Shaklee adalah pilhan yang tepat bagi yang memilih produk yang Selamat, Semulajadi dan Berkesan tanpa bahan pengawet, pewarna n perasa...
Ikuti kata2 tuan punya badan testi ni..
"Kesan utama collagen nih.. Sgt terasa kulit kita lembuttt je. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tp semua2. Kesan calar2,sunburn..semua xde dah..sebab dulu sy nih mmg ahli persatuan..aktif berjemur,berkhemah sana sini. (baru suami ckp td haha. Sebab dia xnak tegur sbelum ni takut sy upload pic sndiri. Pdhal pic sndiri kat fb pun jarang nak kuar)"
Jika anda berminat.. Boleh hubungi saya di 0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com
Friday, 9 November 2012
Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee
Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang
mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.
Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
2) Revitalizing Shampoo
Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
3. Replenishing Conditioner
Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Friday, 2 November 2012
Vitalea.. The Best Multivitamin
Saturday, 27 October 2012
Saturday, 20 October 2012
Sustain Released Vitamin C Shaklee
Entri kali ni saya nak story tentang macam2 vitamin C yg dijual di pasaran.. Vitamin C Organik, Vitamin C 500mg, Vitamin C Dr Holand dan macam2 nama lg.. Semuanya diambil dari Sustain Released Vitamin C Shaklee..tetapi cuma rebrand balik je..tidak hairanlah Vitamin C tersebut sangat berkesan kerana diambil dari Shaklee yg sememangnya semulajadi, selamat dan berkesan.. Dan Shaklee dah 50 tahun di pasaran..Jadi kenapa nak bayar lebih....Saya juga bukan semata-mata nak jual atau berniaga,. Saya nak bantu kawan atau saudara seislam untuk mendapat kesihatan yg lebih baik seperti saya dan family saya dan semua customer saya yg memberi feedback yg sangat positif...Jadi pilihan di tangan anda..anda yang memilih...
Friday, 19 October 2012
Anda Hb rendah?Vitalea Shaklee Penyelamat...
Testimoni Pengguna ESP Shaklee
Pagi ni nak share pengguna shaklee ygng menggunakan Shaklee semasa zaman bujangnya, kemudian meneruskan hingga zaman kahwinnya, kemudian hamil, berpantang dan kini menyusu juga menggunakan ESP dan produk shaklee yg lain...Sebarang pertanyaan atau order boleh whatapp 0125706701. Jom kita baca testimoni ni..
Untuk order ESP secara secure online boleh klik di sini>>>
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2134556f9140640adff936306ce87a24
(Untuk order secara secure online pembayaran melalui debit card atau card credit sahaja)
Jika tiada debit card atau kad kredit boleh terus hubungi saya di 0125706701 untuk order secara manual
atau bank transfer atau cash on delivery
Wednesday, 17 October 2012
Testimoni Basic H
Rawat Kulit Kering dan Bersisik dengan Vitamin E Shaklee
Entri kali ni saya nak share tentang pengguna Shaklee yang menghadapi masalah kulit kering dan bersisik.. Dan dia amat berpuas hati bila kulitnya menjadi lembab dan tak kering lagi walau sebelum ni dah bermacam krim dan buah- buahan yg dia ambil..
Saturday, 13 October 2012
Testimoni Ibu yang mengambil ESP dan Ostematrix
Sunday, 7 October 2012
Wednesday, 3 October 2012
Lecithin
LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaanya
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :
PALING UTAMA
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Kredit to Rafaliah Yusop
Jika anda berminat boleh hubungi saya di 0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com
10 Makanan Agar Kulit Mulus
Salam, entri kali ni saya nak share makan yang boleh membuatkan kulit kita mulus. Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.
1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
2. Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.
3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.
4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.
5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.
6. Telur
Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.
Tetapi jika anda tiada masa untuk mengambil semua makanan ini setiap hari,secara teratur.. Tidak salah untuk anda mencuba supplemen yang semulajadi iaitu shaklee. Supplement yang dikhususkan untuk kulit ialah
1) Caratomax
2) GLA
3) ESP
4) SUSTAIN RELEASE VIT C
5) SHAKLEE COLLAGEN POWDER
6) VIT E
7 ) VIT B COMPLEX
Vitamin mana yang nak di pilih. .boleh whatapp saya di 0125706701 untuk mendapat cadangan yang bersesuaian dengan kulit dan masalah kulit..
Tuesday, 2 October 2012
Keputihan dan Alfafa
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.
Keputihan normal
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.
Keputihan abnormal
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.
Antaranya ialah:
1. Kamu terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.
Ketahui pula jenis jangkitan
Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.
1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.
5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.
Semua orang akan mengalami masalah keputihan, saya sendiri pun begitu tapi setelah saya mengambil ALFAFA Shaklee masalah keputihan mmg dapat dirawat...setengah org kena pakai pantiliner sbb keputihan yg teruk..bila mkn alfafa.. Alhamdullilah... Bagi yg pakai pantiliner..x pakai pun dah xpa dah.. Mmg saya suka alfafa ni.. Siapa yg mengalami masalah keputihan boleh hubungi saya di 0125706701 atau email di sitiyana_aiman@yahoo.com... Anda juga boleh ketahui byk lagi kelebihan alfafa dalam entri saya sebelum ni...
Monday, 1 October 2012
Resdung
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz2864pLL9g
© Utusan Melayu (M) Bhd
Untuk mengatasi masalah resdung anda disarankan untuk merawatnya secara semulajadi...vitamin c shaklee, b complex dan alfafa.. Insyaallah dapat membantu...boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut utk set ini....0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com. Dibawah ni adalah produk shaklee yg boleh merawat masalah resdung..
Tuesday, 25 September 2012
Ekzema
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.
Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?
Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Inilah apa yang kami tahu:
• Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.
Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/health/ekzema/#ixzz27RfaZdDR
Sekarang banyak krim steroid ada dipasaran dan memang digunakan dalam mengatasi masalah ekzema secara luaran... Semua sendiri tahu.. Penggunaan krim steroid memberi akibat yg buruk dan tidak nampak dalam jangka panjang.. Untuk anak saya, anak saya mengamalkan Mealshake Shaklee yang merupakan rawatan alternatif secara dalaman..alhamdullilah.. Ekzemanya dah berkurang sebanyak 90%...untuk luaran saya gunakan Basic H Shaklee... Alhamdullilah ia mengurangkan gatal dan membantu merawat ekzema...
Rawatan Alternatif Untuk Ekzema
Wednesday, 19 September 2012
Masalah Gigi dan Gusi Berdarah ketika Hamil
Salam,
Entry kali ni, saya nk share tentang masalah gigi n gusi berdarah ketika hamil. Saya sendiri mengalaminya ketika hamil tapi pada waktu tu saya tak tahu apa puncanya...bagi saya saya kekurangan vit c agaknya..tetpi semasa hamil ank pertama mmg saya belum ambik shaklee.. Saya mula ambik shaklee sejak umur anak 4 bulan...pada waktu lepas pantang, masih ada masalh yg sama iaitu gusi n gigi saya berdarah jika menggosok gigi...setelah beberapa lama mengambil shaklee.. Mmg ada perubahan di mana gusi n gigi saya kurang berdarah.. Sebenarnya saya tak perasan pun sbb saya ambik set breasfeeding utk memperkayakan nutrisi susu n jg nk jaga kesihatan diri n anak...tapi bila dh saya jarang berdarah gigi n gusi, baru saya perasan mcm dh lama ja xberdarah gusi n gigi.. Kalau masa mengandung mmg kerap,,,alhamdullilah di samping ambik set bf dapat jgk manfaat lain..3 bulan lepas saya ada jumpa doc gigi, saja tanya.. Kena makan apa utk elak gigi n gusi berdarah.. Doc ckp vit b complex n vit c..mmg saya ambik pun dln set bf dua2 vitamin tu.. Masa ngandung kl pergi klinik kesihatan, nurse akan bg vitamin..saya rasa x nmpk pun perubahan utk gigi n gusi sbb waktu tu saya blm ambik shaklee.. Tapi bila ambik vitamin shaklee masa bf..mmg bitamin shaklee sgt berkesan utk masalah gigi n gusi.
Artikel di bawah ni, saya ambik dari sebuah laman web.. Semoga anda mendapat info yg berguna dari artikel ini
Sumber: http://crown.forumotion.net/t123-masalah-gigi-gusi-berdarah-ketika-hamil
Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut. Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah. Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman. Selain itu rasa mual dan munta di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. Gangguan ini menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.
Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan
yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.
Cegah masalah gigi
Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.
Bersihkan diri dengan teratur
Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.
Penggunaan ubat kumur yang mengandungi anti-septik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu mengeluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekali gus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut.
Selain itu setiap kali muntah berkumur dan gosoklah gigi.
Jaga Pemakanan
Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi.
Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan.
Vitamin B6 boleh diperoleh dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.
Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju,
minyak hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.
Rawatan gigi
Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan
pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama
dan ketiga.
Regards,
Liyana 0125706701
Tuesday, 18 September 2012
Bukti Vitalea Ada Ujian Klinikal
1. Albanese, A.A., et al., Calcium Nutrition and Skeletal and Alveolar Bone Health. Nutr Rep Int, 1985. 31(3): p. 741-755.
2. Albanese, A.A., et al., Effect of Age and Fractures on Bone Loss and Calcium Needs of Women 45 to 85+ Years of Age. Nutr Rep Int, 1985. 31: p. 1093-1115.
3. Hegenauer, J., et al., Transitory Hematologic Effects of Moderate Exercise Are not Influenced by Iron Supplementation. Eur J Appl Physiol Occup Physiol, 1983. 52(1): p. 57-61.
4. Spiller, G.A., et al., Multivitamin-Mineral Supplementation: Effects on Blood Chemistries of College-Age Women. Acta Vitaminol Enzymol, 1985. 7(3-4): p. 217-222.
5. Haymes, E.M., J.L. Puhl, and T.E. Temples, Training for Cross-Country Skiing and Iron Status. Med Sci Sports Exerc, 1986. 18(2): p. 162a-167.
6. Spiller, G., et al., Effect of Long-Term Vitamin-Mineral Supplements on Immune Response in Older Healthy Adults. J Am Coll Nutr, 1998. 17: p. 511.
7. Jensen, C., et al., Long-Term Effects of Nutrient Intervention on Markers of Bone Remodeling and Calciotropic Hormones in Late-Postmenopausal Women. Am J Clin Nutr, 2002. 75(6): p. 1114-20.
Sunday, 16 September 2012
Vitamin yang manakah lebih berkesan jika diambil bersama?
Calcium and Magnesium
Calcium and magnesium should be taken together. Magnesium is essential to proper calcium absorption. The National Institutes of Health notes that magnesium deficiency can lead to low levels of calcium in the blood. According to Dr. Andrew Weil, author and integrative medicine specialist, you should take them in a 2:1 ratio: Take twice as much calcium as magnesium. Often, a multivitamin won't provide the full RDA of either calcium or magnesium: Centrum contains 175 mg of calcium and 50 mg of magnesium, but the recommended daily amounts of these minerals are 270 to 400 mg for calcium and 320 to 420 mg of magnesium. You may want to take an additional calcium-magnesium supplement to fulfill these requirements.
Selenium and Vitamin E
Selenium, a mineral, and vitamin E work best when taken at the same time. The mineral helps the body absorb the vitamin and vice versa. Selenium has anti-oxidant properties: It protects the body against damage from free radicals, thus assisting in the prevention of heart disease and cancer. It also strengthens the immune system and helps thyroid function. The RDA of selenium is 80 to 200 mcg. Vitamin E is an anti-oxidant that's essential to building and maintaining muscle. It promotes eye health and boosts the immune system. The National Institutes of Health recommends taking 15 mg, or 22.4 IU, of vitamin E a day. Check your multivitamin to make sure it contains selenium. Some don't.
Vitamin C and E
Most multivitamins contain both vitamin C and vitamin E. Vitamin C is a well-known cold-fighting supplement. It aids in wound healing, and its anti-oxidant qualities may fight chronic conditions like heart disease. It also contributes to eye health. The RDA of vitamin C, according to the National Institutes of Health, is 75 to 90 mg, although it is often taken safely in megadoses of up to 2,000 mg. A study whose findings were published in 2004 suggests that taken together, vitamins C and E can hinder the progress of Alzheimer's disease. Researchers at Johns Hopkins University examined statistical evidence and concluded that patients taking these supplements seemed to be less likely to develop Alzheimer's.
Read more: Which vitamins should be taken together? | Answerbag http://www.answerbag.com/q_view/2346702#ixzz26dt3Gekm
Saturday, 15 September 2012
Ajaibnya Protien
SEBELUM ini anda mungkin sering mendengar bahawa protein adalah nutrien yang penting dan bermanfaat untuk kesihatan anak anda. Namun, tahukah anda bagaimana ia membantu pertumbuhan dan perkembangan?
Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.
Peranan penting protein
* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
* Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.
Sumber protein
Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.
Panduan Diet Malaysia telah mengesyorkan bahawa anda:
1) Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.
2) Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.
3) Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun atau ke bawah.
4) Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.
5) Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.
6) Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.
Berapa banyak protein yang anak anda perlukan?
Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 hingga 46 gram protein setiap hari.
Keseimbangan
Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.
Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.
l Artikel ini adalah sumbangan Program Positive Parenting oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dan disokong oleh geran pendidikan daripada Wyeth Malaysia Sdn. Bhd. Semua pendapat yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Sila layari laman web www.mypositiveparenting.org
Di pos oleh Arbain Muhayat pada 11 September 2012
Thursday, 13 September 2012
Tuesday, 11 September 2012
Keperluan Asid Folik Sebelum Hamil dan Semasa Hamil
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.
Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 kubis brussels;
kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/asid-folik/#ixzz26B0IjKIc
Oleh itu, disebabkan begitu pentingnya asid folic..shaklee mempunyai B Complex yang dirumus secara semulajadi,tanpa pewarna, perasa n pengawet dan digabungkan bersama asid folic dengan kadar yg betul dan tepat yang diperlukan oleh badan..itulah perbezaan b complex shaklee...