Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..

Tuesday, 11 December 2012

Siapa Kata Kita Tak Perlu Supplemen Tambahan

Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/adakah-kita-perlukan-suplemen-1.106427

Entri kali ni saya nak share artikel yang diambil dari Majalah PAMA..kita rasa kita dah ambik makanan yang mengandungi protien, karbohidrat, vitamin, garam mineral dan pelawas.. Tapi adakah semua makanan yang kita ambil mengandungi semua jenis nutrien tanpa kita memilih satu pun makanan...Adakah kita menggunakan kaedah memasak yg betul untuk memastikan makanan yang kita ambil terpelihara dari nutriennya..makan buah-buahan dan sayur- sayuran organik.. Makan hanya makanan segar.. Jika tidak, bagaimana semua nutrien dapat dipenuhi untuk badan anda kekal sihat.. Oleh sebab itulah saya mengambil vitamin.. Vitamin yang saya pilih mestilah semulajadi, selamat dan berkesan.. Tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa,,Sebab itulah saya memilih Shaklee..jom baca artikel dari majalah PAMA ni.,,tentang pentingnya makanan tambahan dan Siapa yang perlukannya.,


~Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh? Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini. Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan sehari-hari yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai.

Mungkin ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.

Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Multivitamin penting untuk tubuh

Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:

Menjaga kesihatan jantung.
Meningkatkan tahap tenaga
Meningkatkan sistem imun tubuh
Menguatkan tulang
Kesihatan mata dan penglihatan
Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.
Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah

Wanita hamil dan menyusu anak
Pengamal diet yoyo
Perokok
Pengamal vegetarian
Pemnium alkohol yang kerap
Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. ~

No comments:

Post a Comment