Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..

Thursday, 15 December 2011

Vitamin apa yang bagus diambil jika tidak lagi menyusu anak dan mengapa?

Sumber Asal

Vitamin apa yang bagus diambil jika tidak lagi menyusu anak dan mengapa?

Source : ibu addinnasa

Ada beberapa kenalan yang bertanya, jika dah tidak lagi menyusukan anak, vitamin apa yang paling minima untuk diambil?

Apa yang ibu sarankan merupakan minima mengikut peredaran dan keperluan pada hari ini dan ianya mungkin sesuai dengan anda dan ianya boleh berlaku penambahan keperluan bergantung kepada keperluan badan kita juga.


Vitamin yang sangat perlu bagi semua wanita :

Protien
  • Membina dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim
  • Diperlukanoleh mereka yang sentiasa sibuk dan merasa letih, kanak2 yang sedang membesar, wanita mengandung dan ibu2 yang menyusukan anaknya.
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sudah tentu membantu pertumbuhannya.
  • Kita dinasihatkan agar mengirangkan lemak dalam makanan harian kita. Tetapi sumber protien biasa kita adalah dari sumber seperti dagng, susu dan keju yang mengandungi lemak yang tinggi. Jadi makanan tambahan protien yang elok yang tidak mengandungi lemak.
  • Protien juga adalah kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan penyakit.
  • Dalam memilih protien kita perlu memastikan :
  1. kandungan lemak yang rendah
  2. mesti mengandungi semua karbohaidrat untuk penguasaannya.
  3. semua asid amino yang diperlukan mesti ada nisbah yang efisein protien (Protien Efficiency Ratio) 2.5
  4. tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna, bahan perasa dan pemanis.
Bagi yang dah mencuba ESP Shaklee kalian pasti boleh merasai BERBALOI mendapatkannya! Bagi yang belum, jangan tunggu... ianya setanding dengan harga yang dibayar.

Maklumat tambahan ESP Shaklee



B complex

Mengapa perlunya b complex?

- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
- menggalakkan pertumbuhan
- penting untuk sistem saraf
- anti stress dan tekanan
- meningkatkan antibodi tubuh
- penting untuk sintesis dan aktiviti sel
- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
- mencegah anemia
- memberikan tenaga
- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu
penukaran gula kepada tenaga
- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
- mengurangkan kolesterol
- meningkatkan selera makan

B complex juga sering dikaitkan dengan kegemukkan. Namun, setelah mencubanya sendiri dan hasil dari pembacaan, saya dapati B Complex tidak menggemukkan. Saya sangat suka dengan entry mommyLyna mengenai B Complex:

Salah satu fungsi B-Complex yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

Vitamin B-complex juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B complex. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-complex oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-complex adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.


Vitamin C

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.

Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Dr Norman Mohd Norawi dalam artikelnya menyenaraikan beberapa kesan sampingan dari pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi.

Diarrhoea – hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut

Suntikan – sakit dan pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran

Namun, beliau menegaskan, secara amnya vitamin C yang diambil tidak memberi kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin c pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan.


Pesanan buat pengguna Shaklee, perasankah anda pada botol Vitamin C ada tertulis Sustained Released. Ini bermakna kandungan 500mg per tablet dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Namun, jika demam atau selsema, adalah dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C untuk pagi dan malam dan dipatah dua sebelum dimakan. Mengapa perlu di patah dua? Ianya untuk memastikan vitamin C merembeskan kesemua 500mg. Ini kerana semasa sakit, badan memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.


Akhir kata renungi kata-kata ini "The patient should be made to understand that he or she must take charge of his own life. Don't take your body to the doctor as if he were a repair shop." - Quentin Regestein



Vitamin E

Vitamin E dikenali sebagai vitamin awet muda. Ia melambatkan proses penuaan. Ianya antara vitamin antioksidan yang paling bagus. Zaman sekarang, cara hidup kita sekarang banyak yang tidak seimbang dan kita mudah terdedah kepada radikal bebas yang membuatkan kita terdedah kepada bahaya penyakit kiritikal.

ANTIOKSIDAN, antara istilah kesihatan yang semakin meluas diperkatakan. Mungkin ada di antara pembaca yang pernah terserempak dengan `antioksidan' ketika sedang tercari-cari suplemen kesihatan atau barangan kecantikan di farmasi atau pasar raya. Selain itu, `antioksidan' juga sering muncul pada iklan dalam akhbar tempatan.

Ada juga di antara kita yang keliru apabila mendengar celoteh `promoter' bercerita tentang suplemen antioksidan yang dikatakan banyak manfaatnya untuk tubuh badan.

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan produk kesihatan, tentunya tahu serba sedikit, apa yang dikatakan antioksidan. Namun begitu, sejauh manakah kita tahu akan kepentingan antioksidan pada kita?

Antioksidan

Merujuk kepada satu sumber penulisan, antioksidan merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga secara alaminya, terdapat pada kebanyakan makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato, bayam, brokoli, kentang dan sayur-sayuran hijau adalah antara sumber yang kaya dengan antioksidan.

Antioksi dan sama pentingnya seperti vitamin dan mineral. Beta karotin, vitamin A, C, E, koenzim Q10, asid lipoik dan selenium adalah merupakan antara contoh antioksidan. Bahkan, vitamin, mineral, koenzim dan molekul-molekul kecil seperti glutation, koenzim-Q10 dan asid lipoik, dihasilkan oleh badan.

Antioksidan merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk menghalang dan melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif oleh radikal bebas yang lama-kelamaan akan mengakibatkan masalah penuaan seperti katarak, artritis dan penyakit Alzheimer's dan juga pelbagai penyakit lain seperti kanser dan alahan (alergi).

Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom yang mengandungi sekurang-kurangnya satu elektron. Lazimnya, ia terhasil daripada pencemaran. Alkohol dan dadah juga merupakan penyumbang radikal bebas pada badan. Dan, adakah anda tahu, radikal bebas juga terdapat pada bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan seperti bahan pengawet, pewarna tambahan dan sisa racun serangga.

Sedari Kepentingannya

Beta-karotin merupakan molekul yang berubah menjadi vitamin A apabila diproses dalam badan dan ia juga adalah antioksidan yang bermanfaat untuk penglihatan dan menangani kanser pada sel.

Vitamin A dan E, adalah vitamin larut lemak dan penting untuk mata dan kulit yang sihat. Simptom-simptom seperti rabun malam, kulit kering dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan.Vitamin E atau tokoferol penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia, iaitu penyakit pemusnahan sel darah merah yang banyak. Ia juga berupaya menghalang kanser dan mengatasi masalah aterosklerosis .



Bagi yang hendak merasakan perbezaan vitamin Shaklee, boleh dapatkan iaitu  set D yang mengandungi

B complex
Vitamin C 
Vitamin E

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment