Shaklee Independent Distributor
Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Monday, 5 December 2011
Rahsia saya
Assalamualaikum kepada yg sudi mengunjungi blog ni..saya tak tahu nak bermula dari mana..tapi saya memang mahu berkongsi dengan semua tentang rahsia saya supaya dapat dijadikn pedoman, atau titik permulaan atau apa sahaja..saya di sahkan mengandung setelah menunggu selama 1 tahun setengah.Alhamdullilah..Semasa mengandung ada juga saya melayari blog rakan2..dan salah satu blog menceritakan bahawa seorang kawan saya ini menyusu bdn penuh anaknya..di pejabat dia akan pam untuk simpanan susu anaknya..Waktu tu saya terpikir, mcm mana ya sibuk2 bekerja.Sempat dia pam susu utk anaknya..Di mana plk tmpt yg sesuai dia nak pam...kagum jgk saya.ibu bekerjaya boleh menyusu penuh badan.Saya tak pasti sampai bila dia menyusu penuh badan anknya. Tp dari situ, saya dah tanam azam saya nak menyusu penuh anak saya bila dah bersalin nanti..pada fikiran saya waktu tu..kenapa saya tak boleh buat,,kalau dia blh buat..Sampai lah hari saya bersalin..Saya selamat bersalin dengan dikurniakan anak lelaki seberat 3.25kg. Alhamdullilah secara normal..Akan tetapi bila ank saya diukur oksigen,,peratus oksigennya hanya 80%. Tetapi dia masih boleh bernafas sendiri.Dr mengsyaki ank saya kemungkinan ada jangkitan paru2 atau jantung..Selepas itu, anak saya di hantar ke hospital Ipoh sebab saya bersalin di swasta.Dr mengesahkan anak saya mempunyai penyakit jantung yang serius iaitu Ebstein Anomaly.Pada waktu tu, anak saya masih tidak menghisap susu badan pada hari pertama...Tetapi nurse menyarankan supaya mengepam susu dan di masukkan ke bekas supaya mereka dapat feeding anak saya melalui tiub.Pada mulanya, nurse mengajar pam guna tangan.Tp saya tak berapa pandai.tapi buat jugaklah.Demi anak saya...Pada waktu tulah, kawan suami menyarankan membeli pam berjenama spectra 3....bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment