Makan vitamin tapi kenapa tiada kesan?
Ada
segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat
apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka
disebabkan oleh beberapa faktor :
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih
suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan
kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan
mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan
vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan
kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka
amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu
kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin
anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak
meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar
buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu
sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan
mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini
hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin
dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda
mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu
tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara
berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam
selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada
dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara
berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka
kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali
disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara
berterusan.
5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda
pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh
diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat
besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama
alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh
badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti
pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh
mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan.
Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda
amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda
membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu
fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
No comments:
Post a Comment