Shaklee Independent Distributor

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Saya merupakan pengedar Shaklee yang sah..Boleh dapatkan product Shaklee daripada saya dengan konsultation percuma sebelum dan selepas pembelian..saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Saya juga membuat penghantaran ke Brunei, Indonesia dan Singapura..

Friday 31 May 2013

Merawat Ulser Mulut Dari Punca

Salam,

Entri kali ni, rasa terpanggil untuk berkongsi tentang ulser mulut.. Ulser mulut begitu sinonim dengan saya pada suatu ketika dahulu..Saya tak tahu mana puncanya..kerap sangat jadi.,bila dah jadi ulser mulalah malas nak cakap dgn org..emosi pun kurang stabil sbb xboleh nak makan.. Nak minum air pun sakit..Teman saya pada waktu adalah bonjela..ada juga org bagi petua letak garam, letak majerin.. Kalau letak garam..saya fikir dua tiga kali juga..aduss..sakit weh..pedih dah tak dak tahap dah.. Jadi saya guna bonjela sahaja.. Atau jenis lain utk ulser mulut yg saya dapat dari klinik atau hospital..ada satu ubat ulser mulut dari hospital seperti ubat macam ubat titik..saya suka, sebab bila letak pada ulser, rasa kebas dan tak pedih..macam bonjela pedih sikit..Kalau saya salah guna ubat gigi pun saya boleh jadi ulser mulut. Tak tahu mana silapnya begitu sensitif..Rasa terpikir.. Bila ia akan berakhir.,tak tahan kalau macam ni..kerap2 jadi..Tapi itu dulu..sehingga saya jadi pengamal tegar Shaklee..saya tak pernah terpikir nak kaji punca kenapa saya  jadi ulser mulut.,pada waktu tu,saya hanya fikir saya kurang minum air sahaja..
          Bila dah amalkan Shaklee, saya tiada pun target untuk atasi masalah ulser mulut saya yang kerap.. Saya makan untuk kesihatan dan untuk breastfeeding.. Sejak saya makan Shaklee memang saya dah mula jaga air kosong, minum paling kurang 2 liter air sehari.. Selepas dah lama makan Shaklee baru saya terfikir kenapa lama saya tak jadi ulser mulut. Betul...kalau tak sebulan atau 2 bukan sekali mesti jadi.. Pelik pada waktu tu, kenapa lama tak jadi..pastu baru teringat saya sekarang makan vitamin..minum air pun cukup.. Rupanya Shaklee membantu saya dengan izin Allah secara tak disengajakan..Alhamdullilah, seronok sangat..sekarang saya ada juga jadi ulser mulut,,tapi jarang.. Kalau jadi pun 3 4 hari dah baik tanpa ambik ubat ulser mulut..apa yang saya ambik semasa ulser mulut, hanya performance drink ( mungkin badan kering dan panas) dan tingkatkan pengambilan vit C.. Yang pastinya brand Shaklee... 2 hari ambik terus dah tak sakit, walau bekas ulser masih ada..dan ia surut dengan begitu cepat tanpa rasa pedih nak bubuh garam ke, bonjela ke..Alhamdullilah.. Vitamin yang saya amalkan ialah Vitalea, B complex, Vit C, Alfafa, ESP,Ostematrix.. Sekarang saya dah add on Vit E dan Gla..Untuk penggunaan sekali sekala, Nutriferon dan Performance Drink...ini cerita saya.. Meh baca artikel ini pasal ulser mulut..

Ulser Mulut

Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh.

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur.

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 
Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 
a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.
Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.

Sumber:http://www.mda.org.my/07_public_02sekolah_11.htm

Jadi jika anda salah seorang yang senasib dengan saya pada dahulunya saya dan sekarang alhamdullilah.....
bolehlah call/sms/wechat/Line  0125706701 

untuk cadangan supplemen untuk ulser mulut berkesan boleh order secara secured online. Boleh klik disini>>>>
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e1f95004b4e3440796852f7ea802bbd5

(Untuk order secara secure online pembayaran melalui debit card atau card credit sahaja)
Jika tiada debit card atau kad kredit boleh terus hubungi saya di 0125706701 untuk order secara manual 
atau bank transfer atau cash on delivery

Tuesday 28 May 2013

Adakah Minyak Jagung Membahayakan?

Salam,
Entry kali ni saya nak cerita pasal minyak jagung.. Minyak jagung selalu kita guna untuk memasak makanan dan membuat kuih muih.. Sebelum ni, tentu anda berfikir bahawa minyak jagung adalah minyak yang sihat sebab ia adalah minyak sayuran.. Seperti mana pada fikiran saya juga, minyak jagung baik semuanya..rupa-rupanya minyak jagung ada juga keburukan.. Jadi guna secara besederhana.. Jom baca artikel di bawah kenapa minyak jagung juga memberi kesan buruk pada kesihatan..

Apakah Minyak Jagung Baik Untuk Kesihatan Diri Kita?


Minyak jagung merupakan salah satu jenis minyak masak yang wujud di dunia ini. Ia merupakan sejenis cecair yang tebal dan kaya dengan kalori yang diekstrak daripada jagung. Minyak ini selalu diguna pakai di dalam pelbagai jenis produk makanan seperti salad, kek mahupun masakan lauk-pauk yang biasa. Dengan kewujudan jagung yang banyak, masalah bahawa minyak ini akan habis bukanlah menjadi masalah dan ia juga murah. Akan tetapi, minyak jagung ini mungkin akan mendatangkan kesan buruk yang lebih banyak berbanding kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan kita.


Kandungan kalori di dalam minyak jagung ini ternyata tinggi. Ini dapat dikenalpasti melalui persamaan satu sudu minyak jagung dapat disamakan dengan 120 kalori, ataupun 6 peratus daripada diet 2000 kalori untuk sehari. Ternyata dengan fakta ini, minyak jagung ini tidak membantu jika anda ingin mengurangkan berat badan dan ia mendatangkan kesang yang sebaliknya, iaitu menambahkan berat badan. Minyak jagung jugak tinggi dengan kandungan lemak. Satu sudu minyak jagung dapat disamakan dengan 13.6 g lemak. Namun begitu, ia juga datang dengan faedah yang baik seperti menolong badan untuk menyerap vitamin, membantu badan untuk bertahan sesi senaman yang lama dan mengekalkan kulit dan rambut anda kelihatan sihat. 


Selain itu, minyak jagung juga kaya dengan lemak tidak tepu. Hal ini mendatangkan kesan buruk kerana terlalu banyak penggunaan lemak tidak tepu akan meninggikan risiko tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan hanya 16g atau kurang amaun lemak tidak tepu yang boleh diterima oleh tubuh badan kita dalam sehari. Minyak jagung juga tidak mengandungi banyak mineral dan vitamin selain daripada vitamin E. Vitamin ini bertindak sebagai antioksidan dan ia membantu untuk mengurankan risiko keradangan dan membantu menguatkan sistem imunisasi badan manusia. 


Ternyata minyak jagung ini lebih banyak mendatangkan kesan buruk kepada diri kita berbanding kesan yang positif. Dengan itu, sebaik-baiknya kita mengelakkan diri daripada kerap menggunakan minyak jagung dalam masakan harian kita. 

Sumber: http://iphone.mylaunchpad.com.my/health/article/articleid/257333/apakah-minyak-jagung-baik-untuk-kesihatan-diri-kita

Makanan yang Membahayakan Kulit

Salam, Entri kali ni saya nak bercerita tentang makanan yang membahayakan kulit.. Bukan semua makanan yang kita rasakan selamat itu selamat di makan. Kita perlu mengenal pasti sesuatu makanan yang selamat itu boleh membahayakan kita..Jom baca artikel ini..,

Makanan Yang Membahayakan Kulit


Sering kali kita mendengar bahawa pemakanan yang sihat terdiri daripada mengamalkan makanan yang sihat terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Walaupun begitu, adakah kesemua jenis sayur dan buah ini baik untuk tubuh badan kita? Dan haruskah kita mengamalkan pengambilan sayur-sayuran itu setiap hari? 


Bagi mereka yang gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, sudah pasti mereka pernah memakan biji benih dan biji buah-buahan itu sendiri. Kajian menunjukkan bahawa biji benih dan biji mengandungi sebuah bahan yang diberi nama amygdalin. Bahan ini jika pengambilannya diambil di dalam kuantiti yang banyak, ia akan menghasilkan hidrogen sianida yang mungkin akan berakhir dengan maut. Buah-buahan seperti epal, mangga dan pic mengandungi asid itu. Tetapi jika tertelan biji itu dengan cara tidak sengaja, ia tidak mendatangkan apa-apa bahaya kerana ia memerlukan amaun yang banyak untuk melakukan reaksi. 


Selain itu, ubi kentang yang telah bertukar menjadi hijau juga mendatangkan bahaya. Warna hijau mula muncul di kulit ubi kentang ini terjadi kerana terlalu didedahkan kepada cahaya. Toksik mungkin telah terhasil di bahagian bawah kulit ubi kentang berwarna hijau itu. Jika individu termakan bahagian itu, ia mungkin mendatang kesan seperti sakit kepala, mual dan cepat letih. Hal ini boleh dielakkan melalui menyimpan ubi kentang di dalam tempat yang kering dan gelap. 


Kacang merah mentah juga berbahaya kerana ia mengandungi toksin yang dipanggil lectins. Toksin ini akan mendatangkan kesan seperti mual, muntah-muntah dan perut memulas. Perkara ini boleh dielakkan dengan cara memasak kacang merah ini dulu. Ubi kayu merupakan salah satu makanan karbohidrat yang paling tinggi amaun pengambilannya di dunia. Akan tetapi, ubi kayu ini mengandungi cyanogenic glycosides secara semula jadi. Hal ini kerana asid itu bertujuan untuk melindungi tumbuhan. Langkah terbaik untuk membuang asid itu adalah dengan menjemur, merendamnya di dalam air ataupun memasaknya selepas dipetik. 


Penting bagi kita untuk mengambil tahu jenis toksin dan asid yang wujud di dalam makanan kita dan apakah kesannya jika berlarutan. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.  


Sumber: http://iphone.mylaunchpad.com.my/health/article/articleid/257347/makanan-yang-membahayakan-kulit

Wednesday 15 May 2013

Testimoni Vivix Shaklee untuk Penyakit Kronik

Salam,
Ini dia testi Vivix.. Vivix bukan sahaja untuk melambatkan penuaan dan mendapat kulit tegang dan cantik.. malah Vivix juga dapat membantu bagi yang mempunyai kanser dan penyakit kronik.. Jom bertukar kepada yang lebih semulajadi.. We chat, Line, sms/call 0125706701 atau email sitiyana_aiman@yahoo.com.

Vivix Melambatkan Penuaan: Promosi May 2013

Salam,

Lambat saya update blog bulan ni.. :) Banyak kerja yang nak diuruskan..Sebenarnya pada bulan May ni ada promosi yang sangat Best iaitu Vivix.. Kenapa bestnya Vivix? Sebab ia adalah sirap kesihatan yang paling membanggakan Shaklee kerana belum ada seumpanya dan setanding buat masa ini..Jadi jika anda memilikinya, anda insan yang sangat bertuah.. Vivix adalah satu penemuan revolusinari dalam anti-penuaan pada tahap sellular. Malah Shaklee telah membuat ujian klinikal pada ramuan utamanya.. kerana itulah saya suka Shaklee kerana setiap produknya mempunyai ujian klinikal bukan sekadar overclaimed.. Apa lagi, jom rembat Vivix sempena promosi May.. Harga memang setanding kualiti dan manfaatnya.. Untuk info boleh we chat, Line atau call/sms saya di 0125706701 dan juga boleh email saya di sitiyana_aiman@yahoo.com.